Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PM lantik Nurul Izzah sebagai 'penasihat kanan’ kewangan -

PM lantik Nurul Izzah sebagai ‘penasihat kanan’ kewangan

ANAK perempuan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat kanan kepada bapanya bagi mengurus tadbir hal berkaitan ekonomi dan kewangan. 

Nurul Izzah Anwar, 42, mendedahkan perkara itu dalam temu bual bersama The Star, sambil menambah pelantikan itu berkuat kuasa pada 3 Januari. 

Nurul Izzah yang tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum baru-baru ini, berkata pengalamannya sebagai ahli Parlimen akan digunakan sebaik mungkin untuk bekerjasama dengan “pakar dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar negara”.

Nurul Izzah berkata beliau ketika ini sibuk bertemu kumpulan peniaga dan pihak berkepentingan dalam merangka belanjawan yang akan dibentangkan bapanya yang juga menteri kewangan dalam masa terdekat.

“Arahan daripada PM adalah jelas: bercakap dengan rakyat dan mendengar idea, kebimbangan dan jangkaan mereka.

“Mereka adalah pihak berkepentingan utama,” tambahnya, lapor MalaysiaNow.