Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal -

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal

JUMLAH mangsa banjir di Sabah menurun manakala Johor menunjukkan peningkatan dan Pahang kekal dengan 314 orang, setakat 8 pagi ini.

Di SABAH,  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menurun kepada 1,664 orang daripada 651 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berbanding 1,723 orang daripada 673 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan itu, mangsa di Pitas seramai 1,363 orang daripada 565 keluarga dipindahkan ke empat PPS, diikuti Paitan dengan 259 orang (76 keluarga) di empat PPS dan Lahad Datu 42 orang (10 keluarga) di satu PPS.

JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

Dalam pada itu, satu PPS iaitu Masjid Binsulung di Paitan telah ditutup pada pagi ini.

BANJIR-RANGKUMAN (PAGI) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Di JOHOR, JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS meningkat sedikit kepada 2,511 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,216 orang pada 8 malam tadi.

Terdapat pertambahan satu PPS di Mersing dan dua di Batu Pahat menjadikan 33 PPS beroperasi setakat ini di tujuh daerah masih terjejas iaitu Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

Mersing masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 836 orang, diikuti Batu Pahat (694), Kluang (422), Kota Tinggi (416), Segamat (123), Tangkak (15) dan Muar (5).

Di PAHANG, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Rompin kekal 314 orang daripada 96 keluarga, yang kini ditempatkan di tiga PPS iaitu PPS Kampung Setajam seramai 165 mangsa, PPS Kampung Rekoh (122) dan PPS Kampung Denai (27).

— BERNAMA