Tiang utama retak, laluan LRT Ampang-Sri Petaling alami kelewatan

0
241

LALUAN LRT Ampang/Sri Petaling mengalami kelewatan pagi ini disebabkan keretakan tiang utama berhampiran Stesen Bandaraya, menurut Rapid KL.

Pengendali perkhidmatan transit aliran ringan itu memaklumkan perkara itu menerusi catatan Facebook pada 6.39 pagi ini.

Untuk memastikan keselamatan keselamatan pengguna, Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif.

Menurut Rapid KL, tren dari Ampang dan Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Plaza Rakyat, dengan kekerapan 18 minit di Bukan Daerah Pusat Perniagaan, dan 9 minit di Daerah Pusat Perniagaan.

Sementara itu, tren perantara akan bergerak dari Stesen Plaza Rakyat ke Masjid Jamek, dengan kekerapan 6 minit, manakala tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya, juga dengan kekerapan 6 minit.

Rapid KL turut menasihatkan pengguna untuk menggunakan pengangkutan alternatif lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here