Pengumpul besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati

0
145

PENGUMPUL besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Ipoh hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan pindaan membunuh seorang pengawal keselamatan lapan tahun lalu.

Hakim, Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhi hukuman itu terhadap R Saravanan, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan melampaui munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Tertuduh kelihatan tenang sewaktu hukuman itu dijatuhkan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, lelaki itu didakwa membunuh K Gobinathan, 44 tahun di belakang Restoran Nashmeer di Laluan Klebang Restu 2, Medan Klebang Restu , Chemor, di sini antara jam 12 tengahari hingga 1 petang pada 5 Julai 2015.

Bagi perbuatan itu dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin dan tertuduh diwakili peguam bela, T Vijayandran.

Sebanyak tujuh saksi pendakwaan serta lima saksi pembelaan hadir sepanjang perbicaraan berlangsung lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here