Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengasuh didakwa cederakan bayi lapan bulan -

Pengasuh didakwa cederakan bayi lapan bulan

SEORANG pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh atas pertuduhan menyebabkan kecederaan bayi perempuan berusia lapan bulan, September tahun lalu.

Tertuduh, Siti Aqilah Shahimi, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus satu pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang diasuhnya itu di sebuah rumah di Taman Limbongan Permai, dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 6.20 petang 7 September tahun lalu.

Justeru, tertuduh yang sudah berkahwin dan belum mempunyai anak didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Naim Abd Jalil mencadangkan jaminan sebanyak RM 8,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagaimanapun memohon jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan tertuduh hanya berpendapatan RM 1,800 sebagai pengasuh kanak kanak.

Mazama pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 14 Mac ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen lapor Astro AWANI.