Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lembaga Disiplin UMNO sudah gantung keahlian Noh - Isham -


Lembaga Disiplin UMNO sudah gantung keahlian Noh – Isham

KETUA Penerangan UMNO, Isham Jalil mendakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar meminta dipecat keahlian partinya ketika mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.

Beliau berkata, permintaan itu dibuat Noh yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor selepas Lembaga Disiplin UMNO memutuskan menggantung keahliannya selepas didakwa melanggar disiplin parti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

“Noh sudah meminta untuk dipecat (keahlian) di mesyuarat MKT UMNO, malam ini, selepas Lembaga Disiplin UMNO meneliti dan membuat keputusan untuk menggantung keahlian beliau atas sebab perlanggaran disiplin mengikut Perlembagaan UMNO ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu.

“Sebelum ini beliau berkata, (memetik kenyataan Noh) ‘Saya bersedia untuk terima apa jua keputusan dibuat parti. Kalau hendak pecat, pecatlah, saya tidak kisah’,” katanya menerusi Facebook beliau, malam ini.


Terdahulu siang tadi, laporan media yang memetik Noh, mengesahkan beliau bersama empat pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang termasuk anaknya sendiri, sudah diberi notis panggilan untuk menghadap Jawatankasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO, pada 30 Januari ini.

Ketika ditemui media di lobi Menara Dato’ Onn, malam ini, Noh mengesahkan keahliannya digantung selama enam tahun.

Beliau juga tidak akan bertemu Lembaga Disiplin Parti minggu depan, selain mengkritik cara penggantungannya yang dianggap membelakangkan proses perundangan parti lapor BH.