Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Johor,Sabah hingga esok -

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Johor,Sabah hingga esok

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor dan Sabah hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan daerah yang terlibat di Johor adalah Mersing dan Kota Tinggi, manakala di Sabah melibatkan Sandakan (Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Dalam kenyataan sama turut memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku di Pahang meliputi Pekan dan Rompin; Johor (Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru) serta Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid) bagi tempoh sama.

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku hingga esok di Pahang yang melibatkan kawasan Maran, Kuantan dan Bera; Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin); Melaka; Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) serta Sabah di kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Kinabatangan). 

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan serta Terengganu dari 27 Jan (Jumaat) hingga 30 Jan ini.

— BERNAMA