Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sarjan mejar kritikal dipercayai jatuh bangunan sebelum majlis kahwin -

Sarjan mejar kritikal dipercayai jatuh bangunan sebelum majlis kahwin

SEORANG sarjan mejar polis yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam, dilaporkan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Lumut, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 5.45 pagi semalam memaklumkan kejadian itu.

Katanya, anggota polis berkenaan sedang bercuti dari tugasnya di Pahang dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam di kediaman keluarganya di Ayer Tawar.

“Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Seri Manjung. Motif kejadian belum diketahui dan sedang disiasat polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini lapor BH.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor N Ravinthiran di talian 019-6508489 untuk membantu siasatan.