Pengundi PH, BN rasa ‘tertipu’ boleh undi PN di PRN Selangor

0
203

PENGUNDI Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang merasakan mereka ‘tertipu’ mengenai kerjasama antara kedua-dua parti sebelum ini boleh memangkah Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PN) Selangor nanti.

Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari berkata, undi yang diberikan itu mampu membantu mengalahkan kedua-dua parti tersebut sekaligus melihat pembentukan kerajaan baharu di negeri berkenaan.

“Alhamdulillah selesai tinjauan di Selangor, harapan cerah untuk rampas kerajaan negeri di dalam PRN. Pengundi BN yang tertipu kononnya BN tidak bekerjasama dengan PH, silakan undi PN.

“Begitu juga pengundi PH yang benar-benar percaya bahawa undi gabungan itu (PH) bermakna tolak BN, pun rasa tertipu, silakan undi PN,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) lalu menyaksikan PH dan BN membentuk kerjasama di peringkat pusat menerusi Kerajaan Perpaduan selepas tiada gabungan parti yang mempunyai majoriti mudah.

Kerjasama antara PH dan BN itu dilihat semakin erat apabila membentuk kerajaan di Perak dan Pahang selepas tidak mempunyai majoriti mudah untuk mentadbir lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here