Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita cuba bunuh diri berjaya dipujuk bomba -

Wanita cuba bunuh diri berjaya dipujuk bomba

PASUKAN bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari sebuah bangunan di Jalan Laiman Diki, Kampung Air, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Difahamkan, wanita berusia lingkungan 30 tahun itu nekad bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan suaminya.

Ketika kejadian, suaminya turut berada di lokasi untuk memujuk mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.44 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika anggota bomba tiba, terdapat seorang wanita dipercayai cuba terjun dari sebuah bangunan setinggi kira-kira 10 meter.

“Anggota kemudian cuba memujuk mangsa dan kira-kira 10 minit kemudian wanita itu berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata, anggotanya kemudian menurunkan mangsa dalam keadaan selamat.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat jam 10.06 pagi,” katanya.