Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pantai Batu Layar ditutup sementara susulan kes lemas -

Pantai Batu Layar ditutup sementara susulan kes lemas

MAJLIS Perbandaran Pengerang mengeluarkan notis penutupan sementara Pantai Batu Layar, di Kota Tinggi susulan kejadian seorang remaja lemas manakala seorang lagi masih hilang di pantai berkenaan semalam.

Ketua Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata notis tersebut berkuat kuasa serta merta dan pantai itu ditutup hingga esok.

Sementara itu, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang diteruskan pagi ini dengan kekuatan 72 pegawai dan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Kaedah pencarian dilakukan secara visual dan dipecahkan kepada tiga pasukan.

“Radius pencarian adalah di kawasan pantai sepanjang dua kilometer dan antara 0.5 hingga dua batu nautika di kawasan laut sekitar mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata JBPM menjangkakan air surut pada 5.21 petang ini ke paras 0.3 meter, justeru sektor pencarian mangsa juga akan dilakukan di kawasan sekitar pantai yang surut.

Semalam, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi hilang selepas mandi-manda di pantai tersebut pada 1.25 tengah hari.

Kedua-dua mangsa datang ke pantai itu bersama empat rakan lain dengan menaiki motosikal dari Kluang dan kehadiran mereka di situ diketahui ibu bapa masing-masing.

— BERNAMA