Mufti Arab keji tindakan bakar al-Quran, akan cetus provokasi terhadap 1.5 bilion umat Islam

0
171

TINDAKAN membakar al-Quran merupakan satu bentuk provokasi terhadap 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia dan hanya menggalakkan kebencian dan memupuk sikap ekstremis.

Mufti Besar Arab Saudi merangkap Pengerusi Majlis Ulama Kanan, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh, mengutuk perbuatan memalukan seorang pelampau membakar al-Quran di Stockholm, Sweden.

Beliau turut memuji kenyataan Kementerian Luar yang turut mengutuk sekeras-kerasnya dan menegur pihak berkuasa Sweden kerana membenarkan ekstremis membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.

“Amalan keji seperti ini menyemarakkan kebencian, yang memenuhi agenda pelampau dan pengganas selain menjadi punca kebencian di seluruh dunia,” katanya, lapor BH Online.

Oleh itu, Sheikh Abdul Aziz, menggesa masyarakat antarabangsa menyatakan pendirian kukuh lagi tegas terhadap mereka yang menyokong atau membenarkan perbuatan melampau seumpamanya menggunakan sebarang nama atau slogan.

Mufti besar turut mengulangi bahawa perbuatan tidak bertamadun dan amalan provokatif hanya akan mengukuh lagi ummah umat Islam dengan kepercayaan mendalam di hati masing-masing terhadap status al-Quran.

Katanya, al-Quran menggariskan dan menjadi punca penggubalan undang-undang serta amalan sewajarnya yang memberi panduan bertutur dengan baik selain menyebarkan nilai keamanan dan kehidupan bersama dalam kalangan negara dunia.

Beliau turut menggesa umat Islam supaya mematuhi ajaran al-Quran dan menyokong pemimpin yang berkiblatkan al-Quran.

Tambahnya, amalan keji hanya akan meningkatkan tahap ketaatan umat Islam, dalam keadaan mereka berdepan tindakan seumpamanya dengan penuh kebijaksanaan dan perpaduan.

Katanya, ia penting bagi menentang kebencian, keganasan dan kekejaman yang cuba dilakukan golongan mendalangi perbuatan itu, baik negara atau kumpulan tertentu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here