Lelaki serah diri kes pengedar dadah dipukul hingga mati

0
161

SEORANG lelaki menyerah diri selepas dicari polis sebelum ini berhubung kes pengedar dadah yang mati dipukul, sebelum ini.

Lelaki berusia 20-an itu ditahan kira-kira pukul 11 malam, Khamis lalu selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampu dan kini direman selama enam hari.

“Soal siasat awal mendapati lelaki itu tidak mengaku terlibat dalam kes berkenaan.

“Kita sedang giat mengesan suspek lain yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Kosmo!.

Media sebelum ini melaporkan cubaan seorang lelaki mengedar dadah di sekitar daerah Kuala Langat berakhir dalam keadaan tragis apabila dia mati dipukul menggunakan objek keras, Isnin lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas dirawat selama lima hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini.

Susulan itu, dua lelaki yang merupakan pengawal keselamatan berusia 31 dan 40 tahun ditangkap sekitar Banting antara 13 dan 16 Januari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here