KKM tutup sementara servis e-Pharmacist, alami masalah teknikal

0
147

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) membuat keputusan menutup sementara sistem e-Pharmacist yang membolehkan pegawai farmasi gred UF41 memilih penempatan latihan siswazah mereka.

Ini bagi memberi ruang kepada pasukan teknikal KKM menilai dan menangani gangguan teknikal pada sistem tersebut yang baharu sahaja dibuka pada Khamis lalu, katanya dalam kenyataan.

“Insiden ini mula dikesan setelah KKM menerima aduan daripada calon yang memohon,” katanya.

“Sehubungan itu, KKM telah mengarahkan tindakan segera diambil bagi mengenal pasti isu gangguan teknikal ini.”

Menurut KKM, antara gangguan teknikal yang berlaku termasuk pemohon tidak dapat mengakses sistem dalam tempoh ditetapkan menyebabkan mereka tidak dapat memilih penempatan latihan.

Selain itu, pemohon juga berdepan sistem yang perlahan sehingga mereka terpaksa menunggu lama untuk melengkapkan proses pemilihan penempatan.

“KKM akan membuka semula sistem e-Pharmacist pada tarikh baharu iaitu pada 30 Jan 2023 (Isnin) jam 12 tengah hari hingga 1 Feb 2023 (Rabu),” katanya, lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here