Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelajar UPM hilang ditemukan di Terminal Bas Larkin Sentral -

Pelajar UPM hilang ditemukan di Terminal Bas Larkin Sentral

PELAJAR Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Irfan Hakimi Azhar yang hilang sejak Jumaat lepas, ditemukan di Terminal Bas Larkin Sentral di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pelajar berusia 22 tahun itu telah dibawa pulang ke rumahnya di Selangor oleh bapanya.

“Pelajar itu ditemukan seorang diri pada pukul 5 petang, dalam keadaan sihat. Bapanya telah bawa pelajar itu balik ke rumah di Selangor semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rabu lepas, media melaporkan polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Mohd Irfan yang menginap di asrama pelajar di UPM, Serdang, yang dilaporkan hilang dari universiti itu sejak Jumaat.

— BERNAMA