Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga warga Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan selamat pulang ke tanah air -

Tiga warga Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan selamat pulang ke tanah air

TIGA lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar telah berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air pada hari Selasa (17 Jan).

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 33 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. 

“Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand dan PDRM yang telah bersama-sama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dalam membantu menyelamatkan mangsa sindiket jenayah ini,” kata kenyataan itu. 

 Kenyataan itu menyebut sehingga Isnin (16 Jan), Kementerian telah menerima sebanyak 519 laporan melibatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah sindiket penipuan di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Daripada bilangan itu, seramai 373 orang telah berjaya diselamatkan dengan 346 orang dibawa pulang ke Malaysia dan 27 lagi masih berada dalam depoh tahanan.

“Kementerian melalui Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terlibat bersama dengan PDRM akan terus melipatgandakan usaha bagi menyelamatkan baki 146 orang mangsa sindiket jenayah ini,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA