Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas pengetua berdepan 13 pertuduhan rogol dan amang seksual pelajar -

Bekas pengetua berdepan 13 pertuduhan rogol dan amang seksual pelajar

SEORANG bekas pengetua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual dan rogol, melibatkan pelajarnya sekitar tahun 2020 dan 2021.

Tertuduh Rosli Abd Rahman, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan lelaki itu didakwa melakukan kesemua perbuatan itu ke atas mangsa sama yang ketika kejadian berusia 16 tahun, di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang antara November 2020 hingga November 2021.

Sehubungan itu Rosli berhadapan lima pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol, dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.

Tertuduh turut didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 11 (a); satu pertuduhan di bawah Seksyen 14 (c); dan satu pertuduhan Seksyen 14 (d)  AKSTKK 2017.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara antara tiga hingga 30 tahun serta sebatan.

Hakim Nooriah Osman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 20 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.

— BERNAMA