Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhammad Affan dilantik Ketua Armada BERSATU Sabah -

Muhammad Affan dilantik Ketua Armada BERSATU Sabah

KETUA Biro Ekonomi Armada BERSATU Sabah, Muhammad Affan Jumahat dilantik sebagai Ketua Armada BERSATU Sabah yang baharu.

Pelantikan watikah itu disampaikan Ketua Armada BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata Muhammad Affan diberi tugas untuk memberikan semangat dan corak politik yang baru kepada semua Armada di negeri itu.

“Lanjutan daripada perkembangan politik Sabah, selaku Ketua ARMADA Nasional saya telah melantik saudara Muhammad Affan bin Jumahat daripada BERSATU Kudat untuk menggalas amanah sebagai Ketua ARMADA Sabah yang baharu.

“Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada saudara Affan dan barisan kepimpinan ARMADA Sabah yang baru dibentuk semula nanti.

“Semoga ARMADA Sabah yang baharu dan ARMADA di seluruh negara akan terus istiqomah dan memulihara agama, bangsa dan peradaban kita bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal mempengerusikan mesyuarat pertama Armada BERSATU Malaysia bagi tahun 2023 yang memperincikan laporan berhubung post-mortem Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan membincangkan persiapan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“ARMADA BERSATU Nasional akan terus mengangkat dan mengupayakan ahli ARMADA dalam persada politik tanah air khususnya dalam menjadi calon-calon berwibawa dalam pilihan raya yang parti bakal sertai,” katanya lapor Berita Bersatu.