Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kontraktor didakwa bunuh penganggur -

Kontraktor didakwa bunuh penganggur

SEORANG kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penganggur dua tahun lepas.

Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 34, didakwa membunuh penganggur, Che Sobrie Che Ali, 37, di Kampung Saring, di sini, antara 9.30 malam hingga 10 malam pada 1 Ogos 2021.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Tuan Mohd Ridzwan atau dikenali sebagai Iwe Telosan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asma’a Che Omar manakala tertuduh diwakili peguam Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim.

Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri menetapkan 12 April untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA