Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Asyraf Wajdi sahkan tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan UMNO -

Asyraf Wajdi sahkan tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan UMNO

DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Perkara itu dinyatakannya di hadapan lebih 1,000 perwakilan pada sesi penggulungan Persidangan Pemuda UMNO di sini.

Beliau berkata keputusan itu diambil sebagai tanggungjawabnya berikutan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya membabitkan saluran muda pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November tahun lepas.

“Saya minta maaf atas kegagalan saya dalam memimpin anda semua…saya dah cuba yang terbaik untuk kita bangkit kembali dan saya telah letak jiwa dan raga saya kepada Pemuda UMNO selama lima tahun.

“Saya tidak akan pertahankan jawatan Ketua Pemuda dan saya ambil tanggungjawab ini untuk pastikan bahtera kita kembali kuat dan dinakhodai orang baharu yang mempunyai idea segar,” katanya.

— BERNAMA