Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Isu perkauman: Jangan curah minyak ke dalam api - Raja Perlis -

Isu perkauman: Jangan curah minyak ke dalam api – Raja Perlis

RAJA Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar mana-mana pihak tidak ‘mencurahkan minyak ke dalam api’ atau memburukkan lagi keadaan, terutama apabila membangkitkan isu perkauman yang mampu meruntuhkan semangat perpaduan di negara ini.

“Semua pihak tidak kira asal usul, latar belakang, status, haruslah sentiasa berusaha untuk saling faham memahami antara satu sama lain dan cuba lebih mengenali latar belakang semua kaum bagi menyemai semangat perpaduan yang tinggi untuk lebih bertoleransi,” titah baginda menerusi kenyataan oleh Istana Arau, hari ini.

Menurut kenyataan itu baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima sembah menghadap Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, semalam.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Bahrin A. Kassim.

Baginda turut berkongsi pengalaman peribadi semasa berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Kor Peninjau Di Raja (kini dikenali sebagai Kor Armor DiRaja) ketika negara bergelut dengan ancaman komunis, konfrontasi dengan Indonesia serta peristiwa 13 Mei.

Baginda bertitah anggota pasukan itu merupakan campuran pelbagai bangsa serta agama dan mempunyai semangat perpaduan yang amat tinggi bukan sahaja dalam melaksanakan tugasan, malah saling membantu walaupun di luar waktu kerja. – Bernama