TIDAK boleh tidak semua parti dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim – PKR, DAP, AMANAH, dan UMNO – mesti bergabung tenaga untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri beberapa bulan akan datang.
Justeru, kerjasama antara Pakatan Harapan (PH), dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN itu, sudah hampir pasti berlaku.
Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata bergerak secara solo dan menentang satu sama lain pada PRN akan datang hanya akan memberikan mesej yang buruk kepada kerajaan pimpinan Anwar.
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, UMNO secara rasmi bergabung dengan PH bagi membentuk Kerajaan Persekutuan, setelah parti pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar masing-masing gagal mendirikan kerajaan secara sendirian.
Mengulas lanjut Mahfuz berkata “Saya melihat ia (kerjasama) hampir pasti akan berlaku. Keadaan seperti itu tidak boleh jika tidak berlaku.
“Jika ia tidak berlaku, bermakna kita memberikan satu mesej salah terhadap Kerajaan Perpaduan yang ada di peringkat Persekutuan ini di mana berlaku gandingan PH-BN dan parti-parti lain.
“Jadi, hampir pasti PRN enam negeri akan berlangsung dengan gandingan PH, BN bagi menghadapi Perikatan Nasional,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Harapan Daily.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.