Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki guna kad bank pesara beli emas ditahan -

Lelaki guna kad bank pesara beli emas ditahan


POLIS menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki menipu dengan menggunakan kad bank seorang pesara untuk membeli pelbagai barangan kemas di platform pembelian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek berumur 37 tahun itu, yang juga penjaga kepada pesara yang mempunyai masalah kesihatan, mengaku membuat 19 transaksi bagi pembelian gelang tangan emas, ‘gold bar’ dan rantai emas ditahan di Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail dekat sini, Selasa lepas.

Beliau berkata warga emas berusia 85 tahun itu menyedari telah ditipu suspek setelah membuat semakan terperinci terhadap penyata bank akaun miliknya di cawangan bank tempatan di Taman Tun Dr Ismail pada 20 Dis lepas.

“Mangsa mendapati terdapat penolakan wang mulai September hingga Disember 2022 bagi tujuan jualan secara debit yang dianggarkan berjumlah RM47,940.61,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata suspek telah menjual barangan terbabit di sekitar ibu negara dan wang hasil jualan telah dibelanjakan untuk kegunaan peribadinya.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

— BERNAMA