PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang yakin “gelombang hijau” yang disaksikan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan berterusan dalam pilihan raya negeri akan datang.
Enam negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikuasai Pakatan Harapan, serta Kedah, Kelantan dan Terengganu pimpinan PAS – akan mengadakan pilihan raya negeri tahun ini.
“Gelombang hijau” menyaksikan PAS dan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan lapan di Terengganu.
“Kami terlepas hanya satu kerusi di Kedah,” kata Hadi pada sidang media di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang, di sini semalam, yang merujuk kepada Sungai Petani yang dimenangi oleh Mohammed Taufiq Johari dari PKR.
“Ini (keputusan pilihan raya) menunjukkan kita (PAS dan PN) ada kekuatan. Kejayaan gelombang ini akan diteruskan.”

Hadi berkata perbincangan mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan parti komponen PN bagi kesemua enam negeri telah hampir 80 peratus selesai. Beliau berkata perbincangan mengenai kerusi di Pulau Pinang bermula semasa PRU15.
Hadi berkata perbincangan mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan parti komponen PN bagi semua enam negeri telah hampir 80% selesai. Beliau berkata perbincangan mengenai kerusi di Pulau Pinang bermula semasa PRU15.
Dalam pada itu, Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, mendakwa Putrajaya tidak menghormati semangat federalisme dengan campur tangan di negeri pimpinan PAS.
Beliau menyebut pembentukan jawatankuasa kampung di Kelantan oleh agensi persekutuan, dan keengganan Putrajaya membayar royalti minyak kepada negeri itu sebagai contoh.
“Mereka ‘merampas’ royalti petroleum dan melanggar perjanjian. Royalti belum dibayar kepada Kelantan yang merugikan ekonomi kita.
“Namun, kita boleh bertahan kerana berjimat, integriti dan sokongan orang ramai,” katanya lapor FMT.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.