Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Budak sembur cat tin pada kereta dicari polis -

Budak sembur cat tin pada kereta dicari polis

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

POLIS Pulau Pinang sedang mengesan seorang kanak-kanak yang disyaki melakukan perbuatan vandalisme dengan menyembur cat tin pada beberapa buah kereta di Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kanak-kanak tersebut dipercayai menyembur cat tin pada kenderaan dengan menulis perkataan tidak senonoh.

“Pada 6 Januari (semalam) terkesan satu posting yang dimuat naik dalam akaun Facebook ‘inforoadblock’ berhubung dakwaan seorang kanak-kanak yang dipercayai melakukan perbuatan vandalism dengan menyembur cat tin pada kenderaan dengan menulis perkataan tidak senonoh.

“Kejadian tersebut berlaku di Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas pada 6 Januari (semalam) dan terdapat lima laporan polis berhubung isu sama,” katanya dalam kenyataan di media sosial Facebook hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa buah kereta yang disembur cat berwarna hitam dengan perkataan tidak senonoh.

Pemilik kenderaan tidak menyedari kejadian itu kerana keluar bekerja di kilang berdekatan

Kamarul Rizal berkata, siasatan awal polis mendapati perbuatan itu disyaki dilakukan seorang suspek kanak-kanak antara pukul 2 hingga 2.30 petang.

“Menurut salah seorang pemilik kenderaan, ini merupakan kejadian pertama sepanjang tempoh tiga tahun dia tinggal di situ.

“‘Pemilik kenderaan menyedari kejadian ini apabila ingin kembali ke rumah setelah pulang dari kerja di kilang berdekatan pada pukul 5 petang dan dia terus membuat laporan polis berhubung kes ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Usaha untuk mengesan suspek masih diteruskan, sekiranya orang awam mempunyai maklumat mereka boleh berhubung dengan pegawai penyiasat jenayah, Wan Muhammad Syamim Wan Azmi di talian 04-8662222,” katanya. – SB