Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ramalan cuaca buruk di beberapa negeri sehingga Ahad -

Ramalan cuaca buruk di beberapa negeri sehingga Ahad

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk hampir di seluruh negara selama tiga hari bermula hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, ramalan tersebut meliputi sebahagian besar daerah di utara dan Pantai Timur Semenanjung.

Katanya, keadaan tersebut boleh meyebabkan hujan lebat berterusan dari pagi hingga ke petang.

Selain itu, beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya bakal mengalami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang pada sebelah petang sepanjang tempoh ramalan.

Dalam pada itu, MetMalaysia megeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan terlibat sebagai langkah berjaga-jaga kepada penduduk setempat.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan peringkat waspada turut dikeluarkan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

“Amaran itu juga diberikan kepada Terengganu (Besut, Setiu, Kual Nerus dan Kuala Terengganu).

“Tempoh amaran tersebut sah sehingga esok,” ujarnya, lapor Kosmo!.