Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN: Pas yakin menang 45 kerusi Kelantan -

PRN: Pas yakin menang 45 kerusi Kelantan

PAS yakin mampu memenangi kesemua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Julai ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keyakinan itu berlandaskan kemenangan bergaya Pas yang menyapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen dengan majoriti puluhan ribu setiap kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.

“Sasaran kita ialah untuk memenangi semua kerusi seperti mana PRU lalu dan kemungkinan mencapai kemenangan itu adalah tinggi.

“PRN nak capai 90 peratus pun boleh. Termasuk kerusi dipegang Barisan Nasional (BN) manakala kerusi-kerusi lain yang sedia disandang akan kekal hak kami,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Dhuafa’ dan sumbangan RM60,000 kepada Masjid Al-Alaq di Kampung Pak Kemek di sini pada Jumaat.

Pada PRU14, Pas mempertahankan Kelantan dengan penguasaan di 37 kerusi DUN negeri itu manakala BN menang tujuh (kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya memenangi satu kerusi.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut mengingatkan UMNO agar lebih berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan DAP.

“Pas ada pengalaman dan jelas tidak boleh menerima parti terbabit.

“Kami ingatkan UMNO supaya belajar daripada pengalaman kami. Selepas berkawan baru ada pengalaman. Harap UMNO tidak ulangi kesilapan Pas,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, ketika ditanya kemungkinan UMNO menjemput DAP bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU), beliau berkata, UMNO berhak untuk menjemput sesiapa sahaja untuk menghadiri perhimpunan mereka.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti itu mungkin akan menghantar jemputan kepada setiausaha agung setiap parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.