Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Piala AFF: Malaysia,Thailand dijangka 'tempur' dalam hujan esok -

Piala AFF: Malaysia,Thailand dijangka ‘tempur’ dalam hujan esok

AKSI perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) 2022 antara Malaysia dengan Thailand di Stadium National Bukit Jalil, esok diramal berlangsung dalam keadaan hujan.

MetMalaysia melalui laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan cuaca di sebelah pagi dan petang dijangka baik namun diramal hujan pada waktu malam.

Suhu pula dijangka antara 24 darjah celcius hingga 32 darjah celcius pada hari itu.

Skuad Harimau Malaya kendalian Jurulatih Malaysia Kim Pan Gon mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2022 selepas menundukkan Singapura 4-1 pada aksi terakhir kumpulan B Selasa lalu.

-BERNAMA