Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Shahrir Samad dilepas, dibebaskan kes penggubahan wang haram RM1 juta -

Shahrir Samad dilepas, dibebaskan kes penggubahan wang haram RM1 juta

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis membebaskan veteran UMNO Tan Sri Shahrir Ab. Samad daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM1 juta.

Hakim Jamil Hussin mengeluarkan perintah melepas dan membebaskan Shahrir selepas Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi memberitahu mahkamah pihaknya tidak mahu meneruskan kes itu.

Shahrir dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) kerana didakwa menerima RM1 juta daripada Najib Razak pada 2013 dan tidak mengisytiharkan jumlahnya kepada LHDN. Dana itu didakwa datang daripada 1MDB.

Seramai 22 saksi memberi keterangan semasa perbicaraan.

FMT melaporkan, terdahulu, Rasyidah meminta mahkamah membenarkan Shahrir dilepas tanpa dibebaskan.

“Kami menggunakan hak kami bawah Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah memandangkan kami tidak berniat untuk meneruskan (kes ini).

“Kami harap mahkamah akan mengeluarkan perintah dilepas tanpa dibebaskan terhadap tertuduh (Shahrir),” katanya.

Bagaimanapun, peguam Shahrir, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Dzulkilfi Ahmad, menggesa mahkamah memberikan pembebasan penuh.

Jamil kemudian bertanya kepada Rasyidah mengapa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan kes itu.

“Arahan (yang kami terima) adalah untuk tidak meneruskan (kes),” katanya.

Peguam bersama Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros berkata, dalam keadaan itu, mahkamah patut menamatkan kes ini untuk Shahrir dengan membebaskannya.