Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Agihan kerusi PN untuk PRN ditentukan sebelum Tahun Baharu Cina -

Agihan kerusi PN untuk PRN ditentukan sebelum Tahun Baharu Cina

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

RUNDINGAN pengagihan kerusi antara parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri akan diadakan sebelum Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, rundingan pengagihan kerusi itu penting untuk disegerakan bagi membolehkan jentera parti komponen PN melakukan persiapan dan gerak kerja bagi menghadapi PRN berkenaan.

Ujar beliau, parti-parti komponen PN ketika ini juga mengadakan mesyuarat di enam buah negeri yang terlibat dengan PRN terbabit setiap bulan.

“Berdasarkan pengalaman dalam pilihan raya sebelum ini, rundingan mengenai soal-soal PRN termasuk agihan kerusi ini juga akan dijalankan secara berterusan sehingga hari penamaan calon,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Enam buah negeri iaitu Kedah; Pulau Pinang; Selangor; Negeri Sembilan; Kelantan dan Terengganu akan mengadakan PRN selepas tidak membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Dalam pada itu, Dominic berpendapat PRN di enam buah negeri terbabit paling sesuai diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun jelas beliau, ia tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri masing-masing untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Dominic yang juga Pengerusi PN Pulau Pinang berkata, beliau akan mengetuai jawatankuasa persediaan untuk menghadapi PRN di negeri itu.

“PN akan bertanding dan memberi fokus di kesemua 40 kerusi DUN Pulau Pinang, berapa agihan kerusi antara parti komponen PN akan diputuskan nanti,” katanya. – SB