Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita maut nahas kereta, lori -

Wanita maut nahas kereta, lori

SEORANG wanita maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Renggam, Simpang Renggam dekat sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Nizar Ma’mun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut pada jam 7.33 malam.

Menurutnya, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Hyundai Atos dipandu mangsa, Tasnim Nazatul Amiera Mohd Nasrun, 21, dengan sebuah lori Hino lima tan dipandu Mohd Suhaimi Samsudin, 42.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan bomba berjaya mengeluarkannya dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa kemudiaan diserahkan kepada pihak polis, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tersebut ditamatkan pada jam 9.42 malam,” katanya lapor Sinar Harian.