Isu pelancong China: Sila contohi kerajaan PN – Wong

0
165

KEBELAKANGAN ini timbul kerisauan dalam kalangan orang awam tentang kemasukan pelancong dari China berikutan varian Covid-19 baharu yang melanda negara berkenaan.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan,Wong Chia Zhen berkata,kebimbangan rakyat terhadap isu berkenaan bernas disebabkan kehidupan mereka baharu sahaja kembali normal dan ekonomi sedang memulih.

“Yang terkesan daripada krisis ekonomi adalah golongan marhaen dan golongan terpinggir. Sekiranya Covid-19 melanda negara kita seperti tahun 2020-2021, berkemungkinan impaknya lebih besar kepada golongan ini berbanding sebelum ini.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini meneliti, mengambil keputusan dan melaksanakan dasar supaya krisis ini diatasi secepat mungkin. Hakikatnya, negara pulih sehingga hari ini adalah hasil pentadbiran yang cekap walaupun dilontarkan pelbagai tohmahan dan persepsi ‘kerajaan gagal’,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau,keyakinan rakyat kepada Tan Sri Muhyiddin dan keputusan pentadbiran itu menyumbang kemenangan PN dalam PRU-15.

“Saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya mendengar keluhan rakyat. Bukankah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) wakil suara rakyat seperti didakwa? Bukankah naratif ‘kerajaan gagal’ selalu dimainkan ketika PN mentadbir?

“Kerajaan baharu sila buktikan kebolehan mencegah supaya kejayaan memulihkan negara oleh kerajaan PN tidak ‘reverse’. Silap-silap, kerajaan sekarang perlu mencontohi gerak kerja ‘kerajaan gagal’ yang mereka dakwa,” katanya-SB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here