Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
China: 70 peratus penduduk Shanghai dijangkiti Covid-19 -

China: 70 peratus penduduk Shanghai dijangkiti Covid-19

SEORANG doktor kanan di sebuah hospital terkemuka Shanghai mendedahkan 70 peratus populasi di bandar mega itu dijangkiti COVID-19, ketika China berdepan peningkatan besar kes pandemik berkenaan, lapor media tempatan semalam.

Penurunan mendadak jangkitan direkodkan selepas beberapa tahun pelaksanaan sekatan ketat dan ia mula dilonggarkan pada bulan lalu.

Naib Presiden Hospital Rujin, Chen Erzhen merangkap seorang anggota panel pakar penasihat COVID-19 Shanghai, menganggarkan majoriti 25 juta penduduk bandar itu dijangkiti.

“Sekarang penularan epidemik di Shanghai sangat meluas dan ia mungkin boleh mencecah 70 peratus populasi iaitu 20 hingga 30 kali ganda lebih (pada April dan Mei),” katanya ketika diwawancara Dajiangdong Studio.

Shanghai bergelut dengan perintah berkurung selama dua bulan pada April lalu.

Ketika itu, lebih 600,000 penduduk dijangkiti dan ramai diheret ke pusat kuarantin beramai-ramai.

Sekarang pula, varian Omicron tersebar berleluasa di seluruh bandar dan pakar menjangkakan jangkitan akan memuncak pada awal tahun ini.

Seperti bandar besar lain termasuk Beijing, Tianjin, Chongqing dan Guanzhou, pegawai kesihatan republik itu berpandangan gelombang sudah mencapai kemuncak.

Tambah Erzhen, hospital Shanghai merekodkan 1,600 kes kemasukan kecemasan setiap hari iaitu dua kali ganda jumlah sebelum sekatan ditarik balik.

Katanya, 80 peratus daripada kes berkenaan dalam kalangan pesakit COVID-19.

“Lebih 100 ambulans tiba di hospital setiap hari,” katanya sambil menambah hampir separuh kemasukan ke unit kecemasan membabitkan golongan berisiko berumur lebih 65 tahun.

Semalam, wartawan AFP di lapangan menyaksikan sendiri keadaan di Hospital Tongren yang sesak dengan pesakit sedang menerima rawatan kecemasan di luar pintu masuk fasiliti berkenaan.

Dalam temubual dengan stesen penyiaran CCTV kelmarin, pegawai Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Jiao Yahui mengakui bahawa pihaknya berdepan cabaran besar untuk menangani jangkaan gelombang kemuncak di kawasan luar bandar. – AFP