Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam kolam takungan air -

Lelaki dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam kolam takungan air

SEORANG lelaki tempatan yang dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam sebuah kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 10.26 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang digerakkan ke lokasi.

“Kawalan BBP Batu Arang menerima maklumat daripada pihak polis, menyatakan seorang lelaki tempatan dalam keadaan mabuk dipercayai terjun ke dalam kolam takungan air berkeluasan 9 meter kali 9 meter pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Anggota bomba kemudian membuat kerja pencarian sebelum menemukan mangsa pada kedalaman kira-kira 3 meter dalam kolam tersebut pada pukul 1.33 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Norazam berkata mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA