KKM bakal jalankan imbasan suhu, saring Covid-19 terhadap pelancong

0
238

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini berkata semua pelancong termasuk yang tiba dari China akan diimbas suhu dan menjalani ujian saringan Covid-19 jika mempunyai gejala, sebagai langkah membendung penularan wabak berikutan keputusan Beijing yang membatalkan dasar sifar Covid yang mengetatkan sekatan sebelum ini.

Dalam sebuah kenyataan, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Kementerian Kesihatan mengambil langkah pencegahan tersebut bagi berdepan risiko kemasukan kes Covid-19 dari luar negara.

Bagaimanapun, tarikh penguatkuasaaannya masih tidak diumumkan.

Malaysia menjadi negara terbaru selepas AS, India, Itali dan Jepun mengambil langkah persediaan berdepan gelombang jangkitan di seluruh China selepas keputusan mendadak Beijing bagi melonggarkan sekatan Covid.

Menurut laporan MalaysiaNow, Zaliha berkata Malaysia akan menyaring suhu badan semua pelancong termasuk dari China, dan mereka yang dikesan mempunyai gejala demam atau gejala lain akan disaring bagi Covid-19.

Kementerian juga akan mengambil sampel air sisa dari pesawat yang tiba dari China bagi mengesan Covid-19 dan akan menjalankan ujian untuk mengesan kemasukan sebarang varian baru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here