Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Buah-buahan bertaburan atas jalan akibat kemalangan -

Buah-buahan bertaburan atas jalan akibat kemalangan

SEBUAH lori membawa muatan buah-buahan terbalik selepas dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 317.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi.

Nahas pukul 2.45 pagi itu menyebabkan muatan yang dibawa bertaburan di atas jalan dan menghalang laluan di lebuh raya.

Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu bas ekspres berusia 42 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 28 tahun luka masing-masing di perut dan dagu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, lori dipandu lelaki berusia 26 tahun itu dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Selayang.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, lori tersebut telah dilanggar di bahagian belakang oleh bas ekspres membawa 16 penumpang dari Baling, Kedah ke Kuala Lumpur.

“Dalam kemalangan ini pemandu bas dan seorang penumpang cedera ringan dan telah dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lapor Utusan Malaysia.