Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Skuad Prihatin Bersatu santuni tahfiz dilanda banjir -

Skuad Prihatin Bersatu santuni tahfiz dilanda banjir

SKUAD Prihatin Bersatu hari ini menyantuni lebih 50 warga Madrasatul Quran Sahabat di Kampung Bukit Biah, DUN Telemung, antara tempat yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Mereka menerima sumbangan kit pembersihan diri yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu merangkap Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

“Semoga Allah melindungi anak-anak tahfiz disini kerana merekalah pelapis guru-guru agama kepada anak-anak kita nanti, insyaAllah,” kata Rosol.

Menurut laporan Berita BErsatu, antara barangan keperluan harian untuk kegunaan anak-anak tahfiz seperti toto (tilam), tuala, berus gigi dan sabun telah diagihkan.

Sumbangan tersebut adalah kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Hulu Terengganu.