Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis siasat pasangan Rusia ceroboh dan bergambar di puncak Menara Merdeka 118 -

Polis siasat pasangan Rusia ceroboh dan bergambar di puncak Menara Merdeka 118

POLIS menyiasat pasangan dari Rusia selepas mereka merakam dan memuat naik gambar ketika berada di puncak Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata, pasangan itu yang dikenali sebagai Ivan Beerkus dan Angela Nikolau disiasat kerana disyaki menceroboh bagi memanjat bangunan berkenaan.

“Polis akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan mereka.

“Kedua-dua individu berkenaan akan disiasat atas tuduhan menceroboh,” katanya, lapor BH Online.

Gambar Ivan dan Angela dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com.

Pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar dan memanjat tangga dari dalam menara untuk ke puncak.

Dalam hantaran dimuat naik Ivan di laman sesawang itu, dia memaklumkan pengalaman berada di atas puncak menara berkenaan sebagai sesuatu yang ‘gila’.

Sementara itu, Angela menerusi hantaran di Twitter, menulis dia tidak ditahan semasa memanjat menara terbabit yang belum lagi dibuka kepada umum.

“Saya sudah melakukan perbuatan ‘gila’ dan tidak ditahan. Ia pengalaman menakutkan, tetapi dengan penamat yang menggembirakan,” katanya.

Pasangan itu sememangnya dikenali dengan lagak aksi di beberapa bangunan tinggi di seluruh dunia.