Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir: Hanya dua PPS beroperasi di dua negeri malam ini -

Banjir: Hanya dua PPS beroperasi di dua negeri malam ini

KEADAAN banjir di Terengganu dan Sabah semakin pulih apabila hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di setiap negeri berkenaan setakat malam ini, manakala di Kelantan telah tutup sepenuhnya.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Masjid Kampung La di Besut masih kekal seramai 53 orang daripada 12 keluarga.

Kesemua mangsa dijangka berada di PPS itu dalam tempoh yang lama kerana kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir.

Di SABAH, jumlah mangsa yang terjejas dengan fenomena air pasang besar menurun kepada 688 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, Sandakan berbanding 1,454 orang berlindung di PPS sama, petang tadi.

Sementara itu di KELANTAN, PPS terakhir di Pusat Tarbiyah Pohon Buluh, Pasir Mas yang menempatkan 17 orang daripada lima keluarga petang tadi ditutup sepenuhya kira-kira 6.15 petang selepas kediaman kesemua mangsa banjir yang terjejas selamat untuk didiami semula.

— BERNAMA