Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul -

Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul

SEORANG pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta,Ipoh mengalami kecederaan selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bertemu dengan waris seorang remaja yang dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam maahad tahfiz berkenaan.

Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap), Datuk Mohd Azlan Suhaimi berkata, pihaknya memandang serius kes pencerobohan yang berlaku serta kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan.

“Kami difahamkan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut malah laporan perubatan juga telah diberikan pihak hospital mengenai kecederaan dialami oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang di Facebook Pematap pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya menerima makluman mengenai tahfiz tersebut yang telah diceroboh oleh beberapa orang luar untuk bermain bola pada petang Ahad dan difahamkan pencerobohan tersebut bukanlah kali pertama.

Susulan tersebut katanya, mangsa telah ke rumah salah seorang yang terlibat untuk menasihati dan memberi teguran sebelum dimaki hamun, diserang, ditumbuk, dihalau, ditolak serta dipukul sehingga mendatangkan kecederaan.

Dalam pada itu, Mohd Azlan berharap pihak berkuasa bertindak sewajarnya kerana ia membahayakan pihak maahad tahfiz berkenaan.

Katanya, tindakan tegas perlu dilaksanakan supaya perkara seumpama itu tidak lagi berulang pada masa akan datang lapor Sinar Harian.