Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan dua lelaki terbabit kejadian samun kedai serbaneka -

Polis tahan dua lelaki terbabit kejadian samun kedai serbaneka

TIDAK sampai 24 jam selepas menerima laporan mengenai kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Ahad lepas, polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terbabit di sebuah taman perumahan di Teluk Intan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 1 pagi semalam selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 28 tahun yang bekerja di kedai serbaneka berkenaan.

“Suspek cuba menyamun wang tunai namun gagal, dan hanya sempat melarikan sebuah telefon bimbit milik wanita berkenaan yang bernilai RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

“Kes ini berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada tempoh 24 jam dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan,” katanya.

— BERNAMA