Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta -

Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta

MALAYSIA hampir mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif baharu COVID-19 lima juta kes apabila mencatatkan 4,984,407 kes dengan pertambahan 766 kes pada Sabtu.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.

Bagaimanapun, jangkitan baharu wabak itu merekodkan penurunan berbanding 902 kes sehari sebelumnya.

Berdasarkan data sama, satu kes kematian baharu akibat COVID-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes itu sebanyak 36,831 sejak wabak itu melanda negara.

Dalam pada itu, sebanyak 1,026 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,971,955 kes lapor Sinar Harian.