Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PDRM tahan 690 'bookie' sepanjang Piala Dunia Qatar -

PDRM tahan 690 ‘bookie’ sepanjang Piala Dunia Qatar

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan perjudian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dengan menahan 690 bookie atau ‘punter’ menerusi serbuan di seluruh negara sejak 19 November lalu.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, jumlah tangkapan dibuat sehingga 21 Disember menerusi 530 serbuan.

“Selangor merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu seramai 179 individu diikuti Kuala Lumpur (142), Johor (59), Negeri Sembilan (57), Sarawak (54), Pulau Pinang (43), Sabah (41) dan Kedah (32).

“Sementara itu, Melaka merekodkan penahanan 27 individu, Pahang (18), Perak (17), Terengganu (11), Perlis (6) serta Kelantan (4),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, polis merampas nilai had kredit dalam perisian berjumlah RM22.3 juta, dolar Hong Kong 382,995.60 (RM217,414), wang tunai RM518,563 serta 500 dolar Singapura (RM1,639).

“Polis turut merampas 74 komputer, 47 komputer riba, empat tablet, telefon bimbit (817), mesin kira-kira (3), router (24), 120 helai kertas catitan disyaki pertaruhan serta 27 jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia.

“Semua tangkapan adalah bookie atau ‘punter’ dan disiasat mengikut Akta Pertaruhan 1953 serta Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, sebanyak 530 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkenaan.

“Sebanyak 328 kertas siasatan masih dalam tindakan, 202 kertas siasatan berjaya dituduh selain 87 kertas siasatan disabitkan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

“PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan berusaha membanteras kegiatan perjudian.

“Kami berharap masyarakat komited dalam menyalurkan maklumat berkaitan perjudian yang berlaku di sekeliling mereka melalui talian hotline 016-5773477,” jelasnya.