Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MB Terengganu mohon maaf tak dapat bersama rakyat ketika banjir -

MB Terengganu mohon maaf tak dapat bersama rakyat ketika banjir

MENTERI Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kesal dan memohon maaf kerana tidak dapat bersama rakyat negeri itu ketika mereka berdepan banjir.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesal tak terhingga kerana saya tak dapat bersama mangsa banjir di lapangan terutama untuk tempoh 18 hingga 21 Dis.

“Saya tidak boleh memberi apa-apa alasan dan faham walau apa jua penjelasan yang saya berikan, penjelasan saya sudah tentu tidak bermakna apa-apa kerana ia tidak dapat membetulkan keadaan serta ketiadaan di negeri sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman, lapor FMT.

Dalam pada itu, Samsuri memaklumkan beliau sudah meneliti keadaan banjir dari setiap masa, dan keputusan meneruskan perjalanan ke luar negara dibuat selepas mendapati berlaku tanda penurunan situasi banjir di Terengganu.

“Manakala tempoh kemuncak itu berlaku pada kemudiannya…dan waktu itu lah waktu saya berada di luar negara,” katanya.

Bagaimanapun, Samsuri tidak menyatakan secara terperinci di mana keberadaannya ketika tempoh kemuncak banjir di Terengganu.

Dua hari lalu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, mengesahkan naib presiden PAS itu berada di New Zealand dan akan pulang pada hari berkenaan.

Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu berkurangan kepada 25,895 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 27,396 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan 6,844 keluarga ditempatkan di 181 PPS di semua lapan daerah di negeri itu.