Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa banjir di Perak meningkat -

Mangsa banjir di Perak meningkat

BALANGAN mangsa banjir di Perak meningkat jam 8 pagi ini apabila sejumlah 50 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, jumlah itu bertambah berbanding jam 10 malam tadi apabila 46 mangsa daripada 16 keluarga direkodkan melibatkan dua daerah sama, lapor BH Online.

Di Hilir Perak, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib menempatkan seramai 24 mangsa daripada lima keluarga. Semua mereka terdiri daripada penduduk Lorong Mesra, Kampung Batu 7 ½.

Di Bagan Datuk, PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat bagi menempatkan 26 mangsa daripada 12 keluarga. Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Tiang Darat dan Kampung Sungai Nipah Darat.