Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-26 berpelukan dengan anjing, disahkan Uncle Eric - Polis -

Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-26 berpelukan dengan anjing, disahkan Uncle Eric – Polis

MANGSA ke-26 yang ditemui di sektor B dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm disahkan Eric Wong Chai Chong atau lebih dikenali panggilan Uncle Eric.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam sidang media di lokasi kejadian pada Khamis.

“Waris yang hadir pada Isnin lalu di lokasi kejadian memang isteri dan anaknya. Jasad mangsa telah dituntut oleh keluarga mereka di Hospital Sungai Buloh,” katanya, lapor Astro AWANI.

Sebelum ini, empat ahli keluarga mangsa hadir di lokasi kejadian pada petang Isnin untuk mendapat pengesahan mengenai kehilangan lelaki berkenaan.

Turut tular di laman sosial, gambar Chai Chong bersama tiga ekor anjing peliharaannya sekali gus menguatkan spekulasi bahawa mangsa yang ditemui berpelukan dengan anjingnya pada Rabu.

Semalam, mayat seorang lelaki dewasa ditemukan berpelukan dengan seekor anjing yang telah mati di sektor B.

Pencarian di lokasi turut menemui seekor lagi anjing dipercayai milik mangsa.

Jelas Bomba, operasi diteruskan untuk mencari seekor lagi anjing milik mangsa selain fokus mencari mangsa yang hilang.