Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin sahkan terima tuntutan saman Anwar -

Muhyiddin sahkan terima tuntutan saman Anwar

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuntutan itu berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa Anwar menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau telah menyerahkan kepada peguamnya untuk dikendalikan mengikut lunas undang-undang.

“Oleh kerana Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan yang dikongsi di halaman Facebook beliau, hari ini, lapor Astro AWANI.

Semalam, Anwar mengemukakan saman terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Kenyataan fitnah itu didakwa Perdana Menteri dibuat oleh Muhyiddin dalam satu ucapan ketika ceramah ‘Grand Finale PN Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim pada 5 Disember lalu bagi menyokong calon PN, Datuk Azman Nasruddin.