Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
31 premis PDRM terjejas akibat banjir di Terengganu, Kelantan -

31 premis PDRM terjejas akibat banjir di Terengganu, Kelantan

SEBANYAK 31 premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan, yang merangkumi 13 unit kuarters, lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA), tujuh balai polis dan tiga pondok polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, di Kelantan, empat balai yang terjejas adalah Balai Polis Kuala Jambu, Simpangan, Rantau Panjang dan Bakong, manakala pondok polis terlibat ialah Pondok Polis Salor serta Pondok Polis Kubang, dan antara lapan pos PGA yang terjejas adalah Terusan dan Salleh Kerek.

“Di Terengganu, tiga balai terjejas iaitu di Kuala Jengai, Manik dan Balai Polis Trafik Jenteh serta Pondok Polis Tenang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 13 unit kuarters yang terjejas iaitu di Berek Polis Kuala Jengai dengan lima unit, Berek Pondok Tenang (dua) dan Berek Polis Manir dengan enam unit.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan ke kawasan yang terjejas banjir di negeri-negeri Pantai Timur. – SB