Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kesemua 24 mayat mangsa tanah runtuh Batang Kali dituntut waris -

Kesemua 24 mayat mangsa tanah runtuh Batang Kali dituntut waris

KESEMUA 24 mayat mangsa tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali – Gohtong, dekat Sungai Buloh sudah dituntut waris masing-masing.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata tiga mayat terakhir yang ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) dituntut warisnya, malam tadi.

“Mangsa yang juga pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun diserahkan kepada warisnya kira-kira jam 9 malam,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Insiden runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu pada jam 2.42 pagi Jumaat lalu itu mengorbankan 24 daripada keseluruhan 94 mangsa.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke HSB untuk proses pengecaman dan bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk pengebumian.

Setakat ini, seramai sembilan mangsa masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh, manakala 61 berjaya diselamatkan.

Operasi pencarian mangsa yang masih hilang diteruskan pada hari keempat hari ini selepas operasi berkenaan ditangguhkan pada kira-kira jam 8.15 malam tadi berikutan keadaan cuaca buruk.

Sementara itu, puluhan petugas media masih menunggu di HSB bagi melaporkan perkembangan terkini dan setakat ini belum ada sebarang mangsa baharu dibawa ke Jabatan Forensik HSB.

Ini berikutan operasi SAR yang dijalankan di lokasi kejadian, semalam gagal menemukan mangsa baharu sebelum operasi SAR disambung semula hari ini.