Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Johari Abdul kosongkan kerusi DUN Gurun -

Johari Abdul kosongkan kerusi DUN Gurun

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul memaklumkan beliau telah mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan serta-merta.

Tanpa menyatakan sebarang sebab tindakannya itu, bekas Pengerusi PKR Kedah melalui rakaman video hari ini, menjelaskan beliau sudah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Johari Bulat dan sah diterima pada 13 Disember atau Selasa lalu.

“Inti pati surat tersebut berbunyi saya, Datuk Johari bin Abdul, dengan ini memaklumkan kepada yang Berhormat Datuk Speaker bahawa saya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri N22 Gurun, yang saya wakili berkuat kuasa secara serta-merta,” katanya lapor BH Online.

Berita lanjut menyusul.